Kisah Nabi Allah Idris a.s Nabi_Idris_a.s.

Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris di dalam al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi. Di dalam al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57 dan dalam surah Anbiya ayat 85 dan 86:

"Dan ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang terdapat tersebut di dalam al-Quran. Sesungguhnya ia seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. 57 - Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 }

"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya dari orang-orang yang sabar. Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka dari orang-orang yang soleh." { Anbiya : 85 - 86 }

Nabi Idris merupakan keturunan keenam dari Nabi Adam a.s. putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s. dan keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Menurut Ibnu Kathir dalam Qhisasul Anbiya', beliau mengatakan bahawa Nabi Idris a.s sempat bertemu dengan Nabi Adam. Ini menggambarkan bahawa enam generasi dapat bertemu diantara satu sama lain.[6]

Nabi Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran serta mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang ini seperti penulisan, matematik, astronomi, dan lain-lain lagi. Menurut sebuah kisah, terdapat satu masa kebanyakan manusia telah melupakan tuhan, dan bumi telah dihukum dengan kemarau. Walau bagaimanapun, Nabi Idris a.s. telah berdoa ke hadrat Allah SWT dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.

Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir. Bagina berdakwah di sana untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamatkan diri dari seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Baginda hidup sampai usia 82 tahun.

Syariat yang dibawa ialah Jihad iaitu memerangi Pengikut Qabil yang melakukan kerosakan di muka bumi pada waktu itu. Baginda ialah pelopor kepada Jihad, mengerakan pasukan tentera berkuda dan ada yang berjalan kaki. Allah memberi kemenangan kepada baginda.

Menurut sebuah buku The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris ialah nama Arab bagi Enoch. Baginda dinyatakan di dalam al-Quran sebagai manusia yang dipilih oleh Allah SWT sehingga baginda diangkat ke langit.

Satu kepercayaan yang tidak dipastikan kesahihannya mengatakan bahawa piramid telah dibina sebagai merujuk kepada Nabi Idris a.s., kerana di kawasan itulah baginda diangkat ke langit.